Wednesday 21 December 2016

7 tips buat kamu jadi penting dalam hidup si dia





Lelaki ni sejenis makhluk yg simple but for me they're all complicated. Kadang-kadang je nampak seperti mudah diurus tp sebenarnya tak..nampak je macam tak kisah tapi sebenarnya kisah sgt...hahhaha
Whatever it is,lelaki adalah insan paling istimewa dalam hidup kita..mungkin dia adalah seorang ayah kepada kita,mungkin abang,adik,buah hati,anak, kawan baik,teman tapi mesra..walau apapun statusnya dalam kehidupan kita,lelaki merupakan insan penting dalam hidup seseorang..
Macam mana nak 'masuk' dalam hidup diorang..apa yg diorang suka?apa yang diorang tak suka? Siapakah kita dalam hati mereka? 
Macam mana nak jd org yg disayangi dan diperlukan oleh insan complicated ni..sebab seperti mana kita tau,bukan semua lelaki jenis expressing themselves apatah lagi tentang perasaan atau rahsia diri..kalau kita dapat tackle bab ni,dah tentu kita dah selangkah menuju ke tahap di mana kita adalah one of a kind yg penting dalam hidup diorang..pada yg bujang boleh dikatakan fasa ini lelaki sudah mula selesa bersama anda..ataupun kalau lelaki itu adalah teman rapat mahupun ahli keluarga,fasa ini merupakan fasa yg memberitahu anda bahawa anda sgt bernilai dalam hidup mereka..
Let's check it out how to be their woman..hehhehe
Tips ni maybe useful for those yg masih bujang..

❤--------------------------------------------❤

  • 'Hard-to-get' approach 😒
Fasa pertama sebelum korang masuk dlm hidup seseorang lelaki,adalah proses perkenalan..Dalam sesi utk mengenali lelaki, tips utk yg bujang..korang kena jual mahal..Lelaki adalah spesies yg mmg sukakan cabaran..lebih sukar utk mendekati korang,lebih tinggi nilai korang di mata dia..selalunya lelaki dapat agak korang sesuai atau tak dgn diorang dari perbualan awal lagi..dalam erti kata lain ada chemistry.. Jgn terlalu sombong dan jgn juga terlalu ramah..nanti lelaki jadi menyampah dan bosan..wat lekkk je dulu..be yourself. Yg penting,jgn menipu di saat awal perkenalan..It was a big No-No..Jujur lah pada org lain kalau kita nak org lain berlaku jujur pada kita..tp awas! jujur yg dimaksudkan bukan memberitahu segala2 tentang butiran diri dan alamat..berpada2 lah..

  • Tarikan fizikal dan personaliti yang kuat 💄👗
Bab ni mmg tak boleh dinafikan,lelaki mmg suka benda yg cantik..semua org suka benda yg cantik..benda cantik lebih mudah menarik perhatian. Tiada salahnya pun kalau kita cantik. Atau kita x cantik..bg lelaki,cantik adalah something subjective..cantik di mata kita,di mata diorang belum tentu..jangan risau.. Dandan sahaja diri korang sesederhana mungkin mengikut kesesuaian..sedikit berhias yg tidak keterlaluan akan membina sedikit personaliti supaya korang tampil lebih confident, dan mudah didekati..
Selain physical attraction,personaliti diri sgt penting..adakah korang ni jenis yg manja,berdikari,gedik atau sombong? Secara jujurnya lelaki menggemari wanita yg sederhana penampilannya dan jenis berdikari..tidak terlampau manja mengharapkan itu dan ini tanpa berusaha sendiri..tapi dalam masa sama kelembutan sebagai seorang wanita tu tak hilang..lelaki mudah tabik spring andainya korang bkn jns yg mengada-ngada x bertempat..highlightkan sikit tentang kelebihan korang tanpa perlu menunjuk2..tentu dia kagum dan nama korang dah tentu ada dalam list ingatan diorang.. 

  • Pandai berbual 😉
Topik perbualan adalah perkara yg penting. Elakkan dari bercerita perkara yg remeh temeh dan takde kene mengena..nk sembang tapi topik makeup?? HELLO?? Apa yg diorang tau psl makeup atau outlet Sephora yg baru bukak kat 'Mall X' tu.. so,be realistic..cari topik general yg menarik..boleh nampak kecenderungan diorang utk bersembang kalau kena dgn topiknya..korang akan nampak ulasan diorang lebih panjang dan keterujaan diorang bertambah..maknanya u are already in!
Pastikan mereka tak bosan berbual dgn korang..ada kalanya lelaki akan mengaku sendiri bahawa korang bukan seorang yg membosankan bila diajak berbual dan diorang rasa teruja utk meneruskan perbualan pada masa kan datang. Bila lelaki rasa ngam,itu petanda baik utk korang..sila senyum .. hehhehe...

  • Jadi bijak 😎
Lelaki suka wanita bijak..bijak dalam semua aspek..dari segi pembawakan diri dan cara berbual..jangan jadi gadis bimbo. Ambil tahu tentang isu semasa dan perkara2 yg lelaki suka. Sebagai contoh : ambil  tahu tentang topik kegemaran lelaki  seperti bab kereta atau sukan..tak perlu tahu tentang semua in details cuma perkara yg basic2 sahaja..tahap keterujaan diorang akan bertambah bila diorang tahu korang ni boleh dibawa berbual tentang hampir semua perkara..
Lelaki juga tak suka seandainya kita mengiyakan sahaja pendapat diorang..sometimes,they need arguments..saling berbalas pendapat membuatkan mereka merasakan wanita itu bkn jenis malas berfikir..apatah lagi kalau korang berhubungan dengan lelaki yg sedikit bijak dan intelektual..lelaki bijak pandai ni mudah bosan..diorang perlu cabaran and some excitement. 
Lelaki juga tak suka cerita berulang..once korang dah cerita atau discuss pasal tu,that's it..diorang anggap remeh kalau kita cerita atau tanya benda yg sama byk2 kali..Bosan! Elakkan ok?


  • Memahami situasi 😆
Bab yang ni byk perempuan x boleh nk adapt. Sebagai perempuan,mmg perangai manja berlebihan dan mahukan perhatian lebih itu pasti ada..tidak salah asalkan tidak keterlaluan dan lelaki tak rasa semak dgn perangai mengada-ngada korang tu..Sebagai lelaki,diorang pasti ada tanggungjawab yg lebih besar dalam hidup. jadi kalau nak jadi penting dalam kehidupan seseorang lelaki tu,fahami lah situasi si dia..jangan buat mereka rasa korang terlalu mendesak..biar diorang selesaikan rutin dan tanggungjawab diorang terlebih dahulu sebelum diorang meluangkan masa bersama korang sama ada phone call,text atau meet up.. pasti diorang fikir betapa bertuahnya mereka dpt insan atau teman yg begitu memahami keadaan..jadikan ini sebagai kelebihan korang sebab kebanyakan perhubungan yg tidak bertahan lama adalah berpunca dari sikap pasangan yang tidak memahami pasangannya sendiri..bila korang memahami situasi mereka,secara tidak langsung mereka selesa dgn korang dan sesebuah hubungan itu akan jadi lebih harmoni..jurang hubungan korang juga akan semakin mengecil..apabila mereka selesa dgn korang,semua perkara diorang akan share..dan di sini juga akan tertanamnya rasa percaya dan korang akan jadi penting dalam hidup diorang nanti.
  • Humor dan Ceria 😁
Antara perkara penting yg perlu diambil perhatian.. Lelaki pun mudah bosan dan adakalanya tidak tertarik pada gadis dan wanita yg kerjanya hanya suka merajuk dan menangis. 
Wanita yg ceria dan sentiasa tersenyum lebih mudah menarik perhatian diorang.. Satu bonus jika korang ada sedikit nilai humor pada waktu ini..selain tidak membosankan sesebuah perhubungan,nilai humor yg bersesuaian akan membantu mendekatkan jarak perhubungan korang ke satu tahap yg selesa..lelaki akan lebih selesa bersama wanita ceria dan humor jika dibandingkan dgn wanita yg serius 24 jam, kan

  • Perhatian dan Ruang
Seperti korang juga,lelaki juga mendambakan perhatian. Sentiasa ambil berat tanpa membuatkan lelaki rasa rimas. Tak perlu call selang setengah jam untuk pastikan korang ambil berat tentang mereka. Cukup sekadar ucapan selamat pagi,bertanya dan mengingatkan mereka tentang sudah makan atau belum..ataupun sekadar mengingatkan mereka untuk menjaga diri. Elakkan mengongkong aktiviti harian mereka..Diorang pun ada life sendiri jugak.Sedikit ruang untuk mereka bernafas dan tidak merasa semak dengan perhatian yg korang berikan,pasti buat mereka lebih menyayangi kamu nanti.


So,Hanna harap tips ni dapat membantu keteguhan hubungan korang..ianya hanya sekadar pendapat peribadi..Segala yg baik datangnya dari Allah swt dan yg buruk itu dari Hanna sendiri..
Wallahua'llam..
Much love.. 😙😙 thanx for reading the entri



No comments:

Post a Comment