Wednesday 30 November 2016

Heartbroken. Apa rasanya???

Kecewa? Patah hati?
Apa rasanya??
Sakit..terlalu sakit..sampai hati kamu kadang2 terasa kebas..Terasa seperti ada yg tersekat di kerongkong..bagai batu besar tertanam di atas dada..
Dari mana datangnya perasaan ini..sudah tentu ianya datang dari rasa kepercayaan yg tinggi..sebab itu lah kamu rasa begitu sakit bila ada yg mengkhianati rasa percaya itu..
All things fall into place..
Semua itu takkkan terjadi tanpa izin-Nya..cuma lagi kita yang perlu tahu bagaimana nak uruskan rasa kecewa dan patah hati yg begitu membunuh ketenangan hati..
Ada org yg begitu bijak menyembunyikan perasaannya sehinggakan tiada siapa yg tahu hatinya begitu luka parah bagai ditoreh2..ada org yg bisa ekspresikan rasa kecewa dan patah hati utk apa jua perkara melalui tingkah laku diri dan emosi yang menentu..mungkin kadang2 dia terlihat agresif dr tutur katanya,atau mungkin juga dia kelihatan berubah dari perwatakan asal..kemungkinan dahulunya,dia seorang yg periang tetapi bertukar menjadi murung dan pendiam ataupun sedikit pemarah..semua itu adalah kesan2 dari rasa kecewa dan patah hati yg tidak dikawal dgn sempurna oleh akal yg rasional..
Mengapakah kamu membenarkan perasaan jahat itu membunuh kamu sedangkan kamu sudah cukup sakit dan separuh mati menghadapinya..
Rasa kecewa itu akan berlalu seiring dengan masa..penyembuhan itu akan memakan masa untuk sesetengah individu..Rasakan nikmat penyembuhan itu seiring dengan hikmah2 yang bakal kamu lihat nanti..
Heartbroken juga akan tinggalkan kesan negatif juga buat sesetengah individu yg mengalaminya..antaranya adalah kamu akan berasa sukar utk mempercayai individu lain dan mungkin juga kamu akan berubah menjadi sedikit paranoid dgn keadaan sekeliling..sentiasa berfikir orang yang ingin berbaik2 dan mendekati kamu akan mengkhianati kamu juga pada akhirnya..tidak salah utk memiliki perasaan begitu sebab ini juga adalah tanda yg kamu sudah belajar sesuatu dari kesilapan atau kegagalan lalu..perasaan begitu adalah tanda insecure kerana pernah dikhianati atau dikecewakan..cuma mungkin perlu sedikit kawalan dgn akal yg rasional bahawa bukan semua org berperangai seperti si polan..
Sememangnya pengkhianatan itu sungguh menyakitkan..malah semua org pernah merasainya tetapi cuma babak sahaja yg berbeza..pelbagai versi kecewa dan patah hati yg bukan terhad atas cinta sesama manusia sahaja..
Anda berhak utk bahagia..walaupun kadang2 rasa itu singgah di hati..bangunlah kembali lihatlah langit yg begitu indah..tidak selamanya rasa patah hati itu akan bersarang di dada..lambat laun akan terhakis jua seiring masa yg berlalu..
Embrace the hurting..time will help u to mend all the sadness..
Dekatkan diri dgn Allah yg Maha Esa kerana hanya Dia yg tidak akan mengecewakan kamu..
Masing2 ada perjalanan hidup sendiri yg berbeza seperti yg telah ditentukan sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi..Trust yourself..luka itu akan sembuh..cuma masa yg menentukan cepat atau lambat..



Terima kasih kerana sudi baca entry ni.. serius sangat kan entry macam ni..next entry kita tulis topik yg lebih santai..

HAVE A NICE DAY AHEAD,READERS!! 😙😙

No comments:

Post a Comment