Wednesday 21 December 2016

7 tips buat kamu jadi penting dalam hidup si dia





Lelaki ni sejenis makhluk yg simple but for me they're all complicated. Kadang-kadang je nampak seperti mudah diurus tp sebenarnya tak..nampak je macam tak kisah tapi sebenarnya kisah sgt...hahhaha
Whatever it is,lelaki adalah insan paling istimewa dalam hidup kita..mungkin dia adalah seorang ayah kepada kita,mungkin abang,adik,buah hati,anak, kawan baik,teman tapi mesra..walau apapun statusnya dalam kehidupan kita,lelaki merupakan insan penting dalam hidup seseorang..
Macam mana nak 'masuk' dalam hidup diorang..apa yg diorang suka?apa yang diorang tak suka? Siapakah kita dalam hati mereka? 
Macam mana nak jd org yg disayangi dan diperlukan oleh insan complicated ni..sebab seperti mana kita tau,bukan semua lelaki jenis expressing themselves apatah lagi tentang perasaan atau rahsia diri..kalau kita dapat tackle bab ni,dah tentu kita dah selangkah menuju ke tahap di mana kita adalah one of a kind yg penting dalam hidup diorang..pada yg bujang boleh dikatakan fasa ini lelaki sudah mula selesa bersama anda..ataupun kalau lelaki itu adalah teman rapat mahupun ahli keluarga,fasa ini merupakan fasa yg memberitahu anda bahawa anda sgt bernilai dalam hidup mereka..
Let's check it out how to be their woman..hehhehe
Tips ni maybe useful for those yg masih bujang..

❤--------------------------------------------❤

  • 'Hard-to-get' approach 😒
Fasa pertama sebelum korang masuk dlm hidup seseorang lelaki,adalah proses perkenalan..Dalam sesi utk mengenali lelaki, tips utk yg bujang..korang kena jual mahal..Lelaki adalah spesies yg mmg sukakan cabaran..lebih sukar utk mendekati korang,lebih tinggi nilai korang di mata dia..selalunya lelaki dapat agak korang sesuai atau tak dgn diorang dari perbualan awal lagi..dalam erti kata lain ada chemistry.. Jgn terlalu sombong dan jgn juga terlalu ramah..nanti lelaki jadi menyampah dan bosan..wat lekkk je dulu..be yourself. Yg penting,jgn menipu di saat awal perkenalan..It was a big No-No..Jujur lah pada org lain kalau kita nak org lain berlaku jujur pada kita..tp awas! jujur yg dimaksudkan bukan memberitahu segala2 tentang butiran diri dan alamat..berpada2 lah..

  • Tarikan fizikal dan personaliti yang kuat 💄👗
Bab ni mmg tak boleh dinafikan,lelaki mmg suka benda yg cantik..semua org suka benda yg cantik..benda cantik lebih mudah menarik perhatian. Tiada salahnya pun kalau kita cantik. Atau kita x cantik..bg lelaki,cantik adalah something subjective..cantik di mata kita,di mata diorang belum tentu..jangan risau.. Dandan sahaja diri korang sesederhana mungkin mengikut kesesuaian..sedikit berhias yg tidak keterlaluan akan membina sedikit personaliti supaya korang tampil lebih confident, dan mudah didekati..
Selain physical attraction,personaliti diri sgt penting..adakah korang ni jenis yg manja,berdikari,gedik atau sombong? Secara jujurnya lelaki menggemari wanita yg sederhana penampilannya dan jenis berdikari..tidak terlampau manja mengharapkan itu dan ini tanpa berusaha sendiri..tapi dalam masa sama kelembutan sebagai seorang wanita tu tak hilang..lelaki mudah tabik spring andainya korang bkn jns yg mengada-ngada x bertempat..highlightkan sikit tentang kelebihan korang tanpa perlu menunjuk2..tentu dia kagum dan nama korang dah tentu ada dalam list ingatan diorang.. 

  • Pandai berbual 😉
Topik perbualan adalah perkara yg penting. Elakkan dari bercerita perkara yg remeh temeh dan takde kene mengena..nk sembang tapi topik makeup?? HELLO?? Apa yg diorang tau psl makeup atau outlet Sephora yg baru bukak kat 'Mall X' tu.. so,be realistic..cari topik general yg menarik..boleh nampak kecenderungan diorang utk bersembang kalau kena dgn topiknya..korang akan nampak ulasan diorang lebih panjang dan keterujaan diorang bertambah..maknanya u are already in!
Pastikan mereka tak bosan berbual dgn korang..ada kalanya lelaki akan mengaku sendiri bahawa korang bukan seorang yg membosankan bila diajak berbual dan diorang rasa teruja utk meneruskan perbualan pada masa kan datang. Bila lelaki rasa ngam,itu petanda baik utk korang..sila senyum .. hehhehe...

  • Jadi bijak 😎
Lelaki suka wanita bijak..bijak dalam semua aspek..dari segi pembawakan diri dan cara berbual..jangan jadi gadis bimbo. Ambil tahu tentang isu semasa dan perkara2 yg lelaki suka. Sebagai contoh : ambil  tahu tentang topik kegemaran lelaki  seperti bab kereta atau sukan..tak perlu tahu tentang semua in details cuma perkara yg basic2 sahaja..tahap keterujaan diorang akan bertambah bila diorang tahu korang ni boleh dibawa berbual tentang hampir semua perkara..
Lelaki juga tak suka seandainya kita mengiyakan sahaja pendapat diorang..sometimes,they need arguments..saling berbalas pendapat membuatkan mereka merasakan wanita itu bkn jenis malas berfikir..apatah lagi kalau korang berhubungan dengan lelaki yg sedikit bijak dan intelektual..lelaki bijak pandai ni mudah bosan..diorang perlu cabaran and some excitement. 
Lelaki juga tak suka cerita berulang..once korang dah cerita atau discuss pasal tu,that's it..diorang anggap remeh kalau kita cerita atau tanya benda yg sama byk2 kali..Bosan! Elakkan ok?


  • Memahami situasi 😆
Bab yang ni byk perempuan x boleh nk adapt. Sebagai perempuan,mmg perangai manja berlebihan dan mahukan perhatian lebih itu pasti ada..tidak salah asalkan tidak keterlaluan dan lelaki tak rasa semak dgn perangai mengada-ngada korang tu..Sebagai lelaki,diorang pasti ada tanggungjawab yg lebih besar dalam hidup. jadi kalau nak jadi penting dalam kehidupan seseorang lelaki tu,fahami lah situasi si dia..jangan buat mereka rasa korang terlalu mendesak..biar diorang selesaikan rutin dan tanggungjawab diorang terlebih dahulu sebelum diorang meluangkan masa bersama korang sama ada phone call,text atau meet up.. pasti diorang fikir betapa bertuahnya mereka dpt insan atau teman yg begitu memahami keadaan..jadikan ini sebagai kelebihan korang sebab kebanyakan perhubungan yg tidak bertahan lama adalah berpunca dari sikap pasangan yang tidak memahami pasangannya sendiri..bila korang memahami situasi mereka,secara tidak langsung mereka selesa dgn korang dan sesebuah hubungan itu akan jadi lebih harmoni..jurang hubungan korang juga akan semakin mengecil..apabila mereka selesa dgn korang,semua perkara diorang akan share..dan di sini juga akan tertanamnya rasa percaya dan korang akan jadi penting dalam hidup diorang nanti.
  • Humor dan Ceria 😁
Antara perkara penting yg perlu diambil perhatian.. Lelaki pun mudah bosan dan adakalanya tidak tertarik pada gadis dan wanita yg kerjanya hanya suka merajuk dan menangis. 
Wanita yg ceria dan sentiasa tersenyum lebih mudah menarik perhatian diorang.. Satu bonus jika korang ada sedikit nilai humor pada waktu ini..selain tidak membosankan sesebuah perhubungan,nilai humor yg bersesuaian akan membantu mendekatkan jarak perhubungan korang ke satu tahap yg selesa..lelaki akan lebih selesa bersama wanita ceria dan humor jika dibandingkan dgn wanita yg serius 24 jam, kan

  • Perhatian dan Ruang
Seperti korang juga,lelaki juga mendambakan perhatian. Sentiasa ambil berat tanpa membuatkan lelaki rasa rimas. Tak perlu call selang setengah jam untuk pastikan korang ambil berat tentang mereka. Cukup sekadar ucapan selamat pagi,bertanya dan mengingatkan mereka tentang sudah makan atau belum..ataupun sekadar mengingatkan mereka untuk menjaga diri. Elakkan mengongkong aktiviti harian mereka..Diorang pun ada life sendiri jugak.Sedikit ruang untuk mereka bernafas dan tidak merasa semak dengan perhatian yg korang berikan,pasti buat mereka lebih menyayangi kamu nanti.


So,Hanna harap tips ni dapat membantu keteguhan hubungan korang..ianya hanya sekadar pendapat peribadi..Segala yg baik datangnya dari Allah swt dan yg buruk itu dari Hanna sendiri..
Wallahua'llam..
Much love.. 😙😙 thanx for reading the entri



Friday 9 December 2016

Resepi Kam Heong Crab yang Ohh la la



Ok..disebabkan dah lama rumah ni Hanna x bawak masuk ketam..tgk kat fresh mart td stok ketam baru sampai..tapi saiznya cinonet je. Geram + xde idea nk masak ayam,ikan dsb nya..Hanna beli jgk 2 ekor yg sedang2..mmg utk sekali makan je ni..ketam kalau kita beli lebih n simpan dlm freezer nnt x sedap makan dah..so Hanna beli ngam2 je utk mkn mlm..
Dalam hati mmg dah plan nk masak Kam Heong Crab pun..lama dah x makan..brg2 lain semua ada dlm peti ais..jom masakkkkk !!

Resepi Ketam Kam Heong versi Hanna
-----------------------------------------------------------
2 ekor ketam (saiz sederhana) digoreng,asingkan ke tepi dulu
3 biji cili merah + 1 biji bawang besar + 1 ulas bawang putih (dikisar)
1 keping asam keping
1 batang serai (dititik)
2 pelepah daun kari
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula (secukup rasa)
2 sudu udang kering ditumbuk kasar (jika suka) 

Tutorial Kam Heong Crab starts now!!! Hehheehe

Goreng ketam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit..asingkan ke tepi..

Tumis bahan2 yg dah dikisar td sampai garing/pecah minyak.. sambil2 tu masukkan serai yg dah dititik bersama sekeping asam keping.

Bila dah garing,automatik kaler cili blend td berubah kpd tone lebih gelap..masa ni la kita masukkan daun kari,udang kering ditumbuk kasar,serbuk kari ikan dan sedikit gula..dah sebati semua masukkan sos tiram.
Semakin comot kuali,semakin sedap rasa sesebuah makanan itu..😅😅
Just kidding!

Rasakan semua garam gula dulu..utk seafood Hanna akan kurangkan penggunaan garam sbb seafood tu sendiri dah ada masin dia sendiri..lgpun sos tiram mmg rasanya masin..so x pyh letak garam dah..continue masukkan ketam yg dah digoreng bersama 2 sudu air..salutkan sehingga rata..
Tujuan Hana masukkan sedikit air sbb x suka rasa cili yg hangus2 bila dah kering dalam kuali..

Padamkan api...Taraaaa....dah siap..
Tunggu apa lg?? Siapkan pinggan utk plating ketam nih.. 😆
Please apologize me for my bad presentation..sbb org dalam umah ni kalut nak mkn dah..ari ni masak lambat skit..bz dgn bunga.. 😅😅

Senang kan? Pejam mata je boleh siap..menu sesuai utk org bujang mahupun berkeluarga..ingredients die quite simple tp hasilnya ohh la la...

Utk sesiapa yg baru nk belajar masak..ni antara resepi yg basic utk korang..masterkan diri dgn menu ni lps tu kalau blk umah mertua,tunjuk la skill..confirm sedap punya..
Ni antara basic recipe Hanna masa belajar masa muda remaja dulu..masakan yg berkuah masa tu skip dulu..bila dah terer yg kering2 baru proceed masakan berkuah mcm aneka kari,pajeri dan rendang yg lebih complicated resepinya..

Enjoy ur Kam Heong Crab after this ya!!!

Thanx for reading.. 😙😙😙










Wednesday 7 December 2016

jalan jalan cari waffle!!!


Cerita petang tadi..alkisah tersebutlah kisah...disebabkan keadaan cuaca yg x menentu ni,dah seminggu Hanna demam..complete package dgn batuk,selsema,sakit urat semua ada..asalnya demam ni bermula dari anak sulung, Rayyan Rayqal yg demam dlm 5 hari jgk,pastu bersambung pulak pd si adik Adam Harith,seterusnya Hanna dan last sekali pada En Suami..tp yg plg teruk nya Hanna la..sbb dr awal lg kita yg jaga semua org yg demam dlm umah ni..
Dipendekkan cerita,lps baik demam baru la ada selera makan..kalau x,tgk apa pun x selera.. so,ptg td tekak nak sgt mkn waffle..lps pujuk2 En Suami yg agak free ptg td,dapat la Hanna realisasikan keinginan tekak yg melampau dan begitu mengada-ngada layaknya..
Cpt2 pegi mandi,bersiap semua...zasss!!! Dah terpacak dpn cafe yg agak hipsterudin jgk di area Tanjong Malim ni..FYI,cafe yg Hanna pegi ni ada 3 cawangan dgn konsep berbeza tetapi owner yg sama..owner cafe ni ada 1 kedai western food,1 kedai ala2 fusion chinese food dan 1 lg cafe yg Hanna nk review kjp lg ..
Nama cafe ni Hitz Cafe yg terletak di Jalan Chong Ah Peng berhadapan Public Bank Tanjong Malim..

 Ok..En Suami ajak wefie...layankan aje...janji die belanja..kikikiki... 😅😅

Wajah2 gembira sbb dah janji nk mkn aiskrim.. 😄😄

Hanna pun x tunggu lama sbb perut pun dah berdangdut bagai..so, terus order Choc Volcano Belgian Waffle with Ice Cream ni..

Nampak mmg tempting delicious abis,kan?..dgn waffle yg suam2 tu,ditambah pulak ice cream yg disirami chocolate syrup dan rice crisps..mmg menggoda..
I can say that,this was a big portion for me..waffle yg tebal dan berdiameter pinggan mkn nasik kita kat umah tu mmg berbaloi dgn harga hanya semurah RM12..confirm kenyang sampai esok..haha 😂😂😂
Lepas menghabiskan sepinggan waffle tu,rasa bersalah pun ada..berapa byk kalori baru habis dibakar kalau mentekedarah mcm raksasa ni..mau seminggu kene jogging..adoii la..
Nasib baik rasa dan rupa waffle ni seiring..sedap di mulut dan cantik di mata..
Jadi,berakhir la sudah keinginan mengada-ngada seorang isteri yg baru baik demam nak mkn belgian waffle..hahaha..harus dtg lagi..worth for my money instead.. 😊
Sekarang,pekan Tanjong Malim sdg giat dinaikkan taraf sbg Food n Art Hub..usaha ini diperintiskan oleh Pengarah Filem terkenal Malaysia iaitu Mamat Khalid yg juga memiliki restoran hipster di sini iaitu Sarang Art Hub..seluruh pekan Tanjong Malim giat dilukis dgn mural2 seni yg terdapat lorong2 belakang kedai..next time dah tentu jadi port utk bergambar atau oudoor photography..boleh google utk info lanjut..maybe next entri Hanna akan cuba explore apa yg best dgn Food n Art Hub ni..okayyy

Tq for reading,guys.. 😊😊😙😙


Tiffany blue n White - Antara warna popular utk Home Decor

 Hmmm...kalau cerita bab home decor sampai sudah tak habis kan..sekarang ni aktiviti menghiasi kediaman ni dah jadi perkara biasa utk sesiapa shj samaada yg masih bujang atau dah berkahwin..
Malah boleh dikatakan antara kegilaan terbaru rakyat Malaysia sekarang..buktinya, gedung2 perabot moden semakin byk tumbuh mcm cendawan..tgk aje IKEA, sentiasa penuh dgn pengunjung tambahan lg time skrg ni cuti sekolah..mmg bercinta la rasanya nk bersesak2 time bayar tu kan...semakin ramai yg minat deko rumah,ruang pejabat,bilik atau showroom masing2..dgn tawaran harga yg berpatutan, skrg ni semua pun mampu deko rumah sendiri tanpa upah interior designer..kalau dah masuk IKEA rasa x nak balik pulak..duduk situ berjam2 pun x terasa...

TIFFANY BLUE + WHITE - Antara warna popular

Secara peribadinya, gabungan warna ni adalah most favourite Hanna sbb warna ni nampak fresh n feeling2 ocean..rasa tenang je kalau tengok rumah kita dihiasi gabungan warna cantik ni..
Sempat jugak Hanna google sedikit idea minimalis yg sesuai utk kita praktikkan menggunakan skima warna tiffany blue dan putih ni..serius cakap,nampak bersih dan damai je mata memandang..haihhh..sedikit perkongsian utk idea home deko yg menggunakan warna ini..

Cantik kan?? Tak sarat n penekanan pada soft furnishing je..curtain yg simple n karpet rona senada..Statement pada deko ini adalah pada pemilihan cushion..Hanna suka sgt.. 😍😍

Utk kamar beradu,lebih sesuai penggunaan warna lembut supaya kita rasa lebih tenang..warna2 mcm ni akan buatkan ruang tampak lebih luas,bersih dan elegan..bedsheet putih atau beige paling sesuai dan ditambah soft furnishing spt cushion,comforter atau hiasan comel rona biru tiffany..hmmm..mendamaikan jiwa..

Maksimumkan keluasan rumah dgn penggunaan perabot putih supaya ruang nampak lebih teratur,bersih dan lebih gaya..Less is more,right?

Biasanya penggunaan warna utk statement pada decor bkn bergantung pada warna perabot,selalunya lebih kpd pemilihan soft furnishing..ianya lebih menjimatkan sbb kita boleh mix n match seandainya kita dah bosan dengan penggunaan warna tersebut..
Contohnya utk deko rumah tema biru dan putih kalau kita apply pada perabot lebih susah..pilih warna perabot yg selamat..play safe utk penjimatan jangka panjang..rona biru pilihan kita boleh apply pada penggunaan curtain,hiasan comel,bantal hiasan,karpet,bunga-bungaan yg kita boleh ganti atau tukar bila kita dah jemu dgn penggunaan warna tu..boleh mix n match utk tema pilihan seterusnya..so xde la byk pembaziran kat situ..

Itu adalah sedikit sebanyak perkongsian Hanna dpt dr google..kalau di instagram lagi byk pic home decor yg buat kita gila bila tgk..huuhuhu... Antaranya yg Hanna rasa menepati dgn tema dan citarasa Hanna skrg adalah instagram @intanfadly..mmg deko rumah dia sgt cantik dan simple dgn menggunakan warna tiffany blue dan putih..boleh rujuk ig die nanti..
Cantik x???Hanna suka idea dia..hmm.. 😍😍

So,korang rasa cantik x warna ni utk rumah korang..Hanna dah dpt idea dah nk deko rumah Hanna nnt..hihi..kalau dah siap nnt Hana akan masukkan dalam entri akan datang..harap2 menjadilah ye..kalau x sia2 je buat research home decor ni kan??? Hahahaha😂😂😂
Apa2 pun bergantung pada budget masing2..Jgn membazir dan buat perancangan awal supaya x silap membeli..

SELAMAT MENDEKO RUMAH!!!! 😊😊😊




Wednesday 30 November 2016

Bunga bunga cinta Hanna

Hanna adalah seorang florist..
Sangat bercita2 nak jadi exclusive florist @ fleur stylist yg terkenal..macam Shayra tu...huhuhu
Sekarang mmg florist,tapi belum sampai tahap exclusive lg..
Hanna start with small scale business..online based je..ambil order pun Hanna, ambil stok pun Hanna, buat bunga pun Hanna,delivery bunga pun Hanna jugak..hahhah..kasi tapau semua..belum ade rezeki nak ambil staff walaupun dah genap setahun buat bisnes comel ni...kikiki...comel ke???😅😅
Apa2 saja berkaitan freshflowers Hanna buat..
Cakap je..
•surprise delivery
•wedding handbouquet
•decor n centrepieces
•hampers n gift

Memang suka dengan apa yg Hanna buat skrg..
Hanna bahagia tengok orang happy..
Kat bawah ni antara art piece yg Hanna buat atas nama Florabyhanna..bisnes yg Hanna buat kecil kecilan je asalnya n now semakin expand..Alhamdulillah..Thank You, Allah..






So ni la sedikit sebanyak pengenalan tentang Hanna,seorang freshflowers florist yg acah2 poyo suka selfie...hahahha..
Dan sekarang baru nak berjinak2 menulis blog di samping sibuk dengan rutin harian sbg florist..

HAHAHA...pic poyo seorang florist dengan bunga2nya..mohon hadam.. 😂😂

Semua pic adalah hasil kerja Hanna atas nama Florabyhanna.. so,kalau nk guna pic boleh credit to me ok..

JOM FOLLOW HANNA DI :-

INSTAGRAM : @florabyhanna.official
FACEBOOK : Nurhana Asrol Sani
for more pics and updates...

Thanx guys sudi baca entry Hanna kali ni... much love ❤❤❤



Heartbroken. Apa rasanya???

Kecewa? Patah hati?
Apa rasanya??
Sakit..terlalu sakit..sampai hati kamu kadang2 terasa kebas..Terasa seperti ada yg tersekat di kerongkong..bagai batu besar tertanam di atas dada..
Dari mana datangnya perasaan ini..sudah tentu ianya datang dari rasa kepercayaan yg tinggi..sebab itu lah kamu rasa begitu sakit bila ada yg mengkhianati rasa percaya itu..
All things fall into place..
Semua itu takkkan terjadi tanpa izin-Nya..cuma lagi kita yang perlu tahu bagaimana nak uruskan rasa kecewa dan patah hati yg begitu membunuh ketenangan hati..
Ada org yg begitu bijak menyembunyikan perasaannya sehinggakan tiada siapa yg tahu hatinya begitu luka parah bagai ditoreh2..ada org yg bisa ekspresikan rasa kecewa dan patah hati utk apa jua perkara melalui tingkah laku diri dan emosi yang menentu..mungkin kadang2 dia terlihat agresif dr tutur katanya,atau mungkin juga dia kelihatan berubah dari perwatakan asal..kemungkinan dahulunya,dia seorang yg periang tetapi bertukar menjadi murung dan pendiam ataupun sedikit pemarah..semua itu adalah kesan2 dari rasa kecewa dan patah hati yg tidak dikawal dgn sempurna oleh akal yg rasional..
Mengapakah kamu membenarkan perasaan jahat itu membunuh kamu sedangkan kamu sudah cukup sakit dan separuh mati menghadapinya..
Rasa kecewa itu akan berlalu seiring dengan masa..penyembuhan itu akan memakan masa untuk sesetengah individu..Rasakan nikmat penyembuhan itu seiring dengan hikmah2 yang bakal kamu lihat nanti..
Heartbroken juga akan tinggalkan kesan negatif juga buat sesetengah individu yg mengalaminya..antaranya adalah kamu akan berasa sukar utk mempercayai individu lain dan mungkin juga kamu akan berubah menjadi sedikit paranoid dgn keadaan sekeliling..sentiasa berfikir orang yang ingin berbaik2 dan mendekati kamu akan mengkhianati kamu juga pada akhirnya..tidak salah utk memiliki perasaan begitu sebab ini juga adalah tanda yg kamu sudah belajar sesuatu dari kesilapan atau kegagalan lalu..perasaan begitu adalah tanda insecure kerana pernah dikhianati atau dikecewakan..cuma mungkin perlu sedikit kawalan dgn akal yg rasional bahawa bukan semua org berperangai seperti si polan..
Sememangnya pengkhianatan itu sungguh menyakitkan..malah semua org pernah merasainya tetapi cuma babak sahaja yg berbeza..pelbagai versi kecewa dan patah hati yg bukan terhad atas cinta sesama manusia sahaja..
Anda berhak utk bahagia..walaupun kadang2 rasa itu singgah di hati..bangunlah kembali lihatlah langit yg begitu indah..tidak selamanya rasa patah hati itu akan bersarang di dada..lambat laun akan terhakis jua seiring masa yg berlalu..
Embrace the hurting..time will help u to mend all the sadness..
Dekatkan diri dgn Allah yg Maha Esa kerana hanya Dia yg tidak akan mengecewakan kamu..
Masing2 ada perjalanan hidup sendiri yg berbeza seperti yg telah ditentukan sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi..Trust yourself..luka itu akan sembuh..cuma masa yg menentukan cepat atau lambat..



Terima kasih kerana sudi baca entry ni.. serius sangat kan entry macam ni..next entry kita tulis topik yg lebih santai..

HAVE A NICE DAY AHEAD,READERS!! 😙😙

Call me Hanna!

Assalamualaikum..

Now, I do have my own blog.. yayyyy!!!
I am writing because i just want to write!
Senang cerita,anggap je blog ni sbg medan utk Hanna share everything with u..
Dari bab makeup,pengalaman hidup,kisah cinta,hobi dan tak lupa jugak isu2 semasa yg trending nowadays..
Actually ,Hanna ni florist..tapi dr zaman sekolah mmg suka menulis..penuh jugak la majalah tahunan sekolah tu dgn hasil2 penulisan Hanna masa tu..maklum la..mentang2 masa tu dah senior..yg jadi editor majalah pun kawan2 sendiri jugak..senang la write ups Hanna masuk majalah sekolah tu..n paling top masa sekolah  dulu mestila cerpen pendek yang based ceritanya adalah seorang student yg acah2 jahat n nakal tapi last2 disahkan ada penyakit something like cancer or leukimia...hahaha..kelakar sgt time tu..lps tu mesti tinggalkan nota sekian2 konon nya penyakit tu dah lama tp x nak bgtau orang kan?
But now,dah lama tinggalkan bab2 penulisan..kalau ada pun cuma post2 pendek di social media..
Sebab bila dah ade bisnes sendiri ditambah pulak kekangan masa nak terkejar sana sini..masa utk menulis memang xde la kan??
Masa time study dulu,banyak masa jugak tapi x terasa pulak nk ada blog sendiri..tp kali ni Hanna akan cuba share or menulis tentang apà saja yg bermain di minda ketika itu..termasuklah kegembiraan Hanna,kesedihan Hanna,pengalaman hidup Hanna,bisnes Hanna,tentang hobi jugak Hanna akan cuba selit2kan..
Tapi apa yg pasti Hanna akan elakkan posting2 gossip atau viral yg x diketahui sumbernya..
I want something beneficial to my readers out there..
Dan itulah tanggungjawab sebenar sbg penulis..elakkan dari posting perkara2 tidak sahih dan tidak benar..masing2 harus ada etika..
Dan sekarang jam dah tunjuk pukul 430 tapi Hanna still x lelap lagi..pagi2 lg esok Hanna akan bz dgn rutin harian bisnes bunga Hanna tu..maybe I can share something pasal bunga2 pulak lps ni..
For those yg naka kahwin or bertunang,Hanna boleh share how to choose ur own perfect handbouquet??
Ok...next entry la ok..mata dah mengantuk..kita jumpa lagi nanti ok..
Salam perkenalan buat semua readers n kawan2 blogger yg baru...
Sudi2kan blogwalking nnt..n drop ur comment seandainya ada teguran atau respon pada posting2 Hanna nnt..




JUST CALL ME HANNA 😙😙😙