Friday, 9 December 2016

Resepi Kam Heong Crab yang Ohh la la



Ok..disebabkan dah lama rumah ni Hanna x bawak masuk ketam..tgk kat fresh mart td stok ketam baru sampai..tapi saiznya cinonet je. Geram + xde idea nk masak ayam,ikan dsb nya..Hanna beli jgk 2 ekor yg sedang2..mmg utk sekali makan je ni..ketam kalau kita beli lebih n simpan dlm freezer nnt x sedap makan dah..so Hanna beli ngam2 je utk mkn mlm..
Dalam hati mmg dah plan nk masak Kam Heong Crab pun..lama dah x makan..brg2 lain semua ada dlm peti ais..jom masakkkkk !!

Resepi Ketam Kam Heong versi Hanna
-----------------------------------------------------------
2 ekor ketam (saiz sederhana) digoreng,asingkan ke tepi dulu
3 biji cili merah + 1 biji bawang besar + 1 ulas bawang putih (dikisar)
1 keping asam keping
1 batang serai (dititik)
2 pelepah daun kari
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula (secukup rasa)
2 sudu udang kering ditumbuk kasar (jika suka) 

Tutorial Kam Heong Crab starts now!!! Hehheehe

Goreng ketam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit..asingkan ke tepi..

Tumis bahan2 yg dah dikisar td sampai garing/pecah minyak.. sambil2 tu masukkan serai yg dah dititik bersama sekeping asam keping.

Bila dah garing,automatik kaler cili blend td berubah kpd tone lebih gelap..masa ni la kita masukkan daun kari,udang kering ditumbuk kasar,serbuk kari ikan dan sedikit gula..dah sebati semua masukkan sos tiram.
Semakin comot kuali,semakin sedap rasa sesebuah makanan itu..😅😅
Just kidding!

Rasakan semua garam gula dulu..utk seafood Hanna akan kurangkan penggunaan garam sbb seafood tu sendiri dah ada masin dia sendiri..lgpun sos tiram mmg rasanya masin..so x pyh letak garam dah..continue masukkan ketam yg dah digoreng bersama 2 sudu air..salutkan sehingga rata..
Tujuan Hana masukkan sedikit air sbb x suka rasa cili yg hangus2 bila dah kering dalam kuali..

Padamkan api...Taraaaa....dah siap..
Tunggu apa lg?? Siapkan pinggan utk plating ketam nih.. 😆
Please apologize me for my bad presentation..sbb org dalam umah ni kalut nak mkn dah..ari ni masak lambat skit..bz dgn bunga.. 😅😅

Senang kan? Pejam mata je boleh siap..menu sesuai utk org bujang mahupun berkeluarga..ingredients die quite simple tp hasilnya ohh la la...

Utk sesiapa yg baru nk belajar masak..ni antara resepi yg basic utk korang..masterkan diri dgn menu ni lps tu kalau blk umah mertua,tunjuk la skill..confirm sedap punya..
Ni antara basic recipe Hanna masa belajar masa muda remaja dulu..masakan yg berkuah masa tu skip dulu..bila dah terer yg kering2 baru proceed masakan berkuah mcm aneka kari,pajeri dan rendang yg lebih complicated resepinya..

Enjoy ur Kam Heong Crab after this ya!!!

Thanx for reading.. 😙😙😙










No comments:

Post a Comment