Wednesday 7 December 2016

Tiffany blue n White - Antara warna popular utk Home Decor

 Hmmm...kalau cerita bab home decor sampai sudah tak habis kan..sekarang ni aktiviti menghiasi kediaman ni dah jadi perkara biasa utk sesiapa shj samaada yg masih bujang atau dah berkahwin..
Malah boleh dikatakan antara kegilaan terbaru rakyat Malaysia sekarang..buktinya, gedung2 perabot moden semakin byk tumbuh mcm cendawan..tgk aje IKEA, sentiasa penuh dgn pengunjung tambahan lg time skrg ni cuti sekolah..mmg bercinta la rasanya nk bersesak2 time bayar tu kan...semakin ramai yg minat deko rumah,ruang pejabat,bilik atau showroom masing2..dgn tawaran harga yg berpatutan, skrg ni semua pun mampu deko rumah sendiri tanpa upah interior designer..kalau dah masuk IKEA rasa x nak balik pulak..duduk situ berjam2 pun x terasa...

TIFFANY BLUE + WHITE - Antara warna popular

Secara peribadinya, gabungan warna ni adalah most favourite Hanna sbb warna ni nampak fresh n feeling2 ocean..rasa tenang je kalau tengok rumah kita dihiasi gabungan warna cantik ni..
Sempat jugak Hanna google sedikit idea minimalis yg sesuai utk kita praktikkan menggunakan skima warna tiffany blue dan putih ni..serius cakap,nampak bersih dan damai je mata memandang..haihhh..sedikit perkongsian utk idea home deko yg menggunakan warna ini..

Cantik kan?? Tak sarat n penekanan pada soft furnishing je..curtain yg simple n karpet rona senada..Statement pada deko ini adalah pada pemilihan cushion..Hanna suka sgt.. 😍😍

Utk kamar beradu,lebih sesuai penggunaan warna lembut supaya kita rasa lebih tenang..warna2 mcm ni akan buatkan ruang tampak lebih luas,bersih dan elegan..bedsheet putih atau beige paling sesuai dan ditambah soft furnishing spt cushion,comforter atau hiasan comel rona biru tiffany..hmmm..mendamaikan jiwa..

Maksimumkan keluasan rumah dgn penggunaan perabot putih supaya ruang nampak lebih teratur,bersih dan lebih gaya..Less is more,right?

Biasanya penggunaan warna utk statement pada decor bkn bergantung pada warna perabot,selalunya lebih kpd pemilihan soft furnishing..ianya lebih menjimatkan sbb kita boleh mix n match seandainya kita dah bosan dengan penggunaan warna tersebut..
Contohnya utk deko rumah tema biru dan putih kalau kita apply pada perabot lebih susah..pilih warna perabot yg selamat..play safe utk penjimatan jangka panjang..rona biru pilihan kita boleh apply pada penggunaan curtain,hiasan comel,bantal hiasan,karpet,bunga-bungaan yg kita boleh ganti atau tukar bila kita dah jemu dgn penggunaan warna tu..boleh mix n match utk tema pilihan seterusnya..so xde la byk pembaziran kat situ..

Itu adalah sedikit sebanyak perkongsian Hanna dpt dr google..kalau di instagram lagi byk pic home decor yg buat kita gila bila tgk..huuhuhu... Antaranya yg Hanna rasa menepati dgn tema dan citarasa Hanna skrg adalah instagram @intanfadly..mmg deko rumah dia sgt cantik dan simple dgn menggunakan warna tiffany blue dan putih..boleh rujuk ig die nanti..
Cantik x???Hanna suka idea dia..hmm.. 😍😍

So,korang rasa cantik x warna ni utk rumah korang..Hanna dah dpt idea dah nk deko rumah Hanna nnt..hihi..kalau dah siap nnt Hana akan masukkan dalam entri akan datang..harap2 menjadilah ye..kalau x sia2 je buat research home decor ni kan??? Hahahaha😂😂😂
Apa2 pun bergantung pada budget masing2..Jgn membazir dan buat perancangan awal supaya x silap membeli..

SELAMAT MENDEKO RUMAH!!!! 😊😊😊




No comments:

Post a Comment